Diterbitkan oleh Kembara Nusantara
Ringkasan jawapan
Pastikan pasport sah sekurang-kurangnya 6 bulan, bawa sedikit Rupiah tunai, pilih pakej yang sesuai dengan tahap kecergasan dan sentiasa ikut arahan guide.
Dokumen & wang
Rakyat Malaysia biasanya tidak memerlukan visa untuk lawatan pendek ke Indonesia, tetapi sentiasa semak peraturan terkini sebelum terbang.
Cuaca
Musim kering (kira-kira Mei–September) lazimnya lebih sesuai untuk mendaki. Kawasan pendakian boleh ditutup sementara atas faktor cuaca atau aktiviti gunung berapi.
Adab pendakian
Bawa turun sampah anda, hormati penduduk tempatan dan jangan tinggalkan kumpulan tanpa memaklumkan sweeper.

